Uqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahmad Ali Seman: Dasar Ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahmad Ali Seman: Dasar Ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu Semasa Perang Dunia Kedua
Produkttyp: eBook-Download
Verlag: BookRix
Erschienen:
Sprache: Bahasa Indonesia
Seiten: 25 (Druckfassung)
Format: EPUB Info▼
Download: 745 kB
EPUB eBook-Download
0,99 €
inkl. MwSt
eBook in den Warenkorb

Kajian ini akan menganalisis dasar ekonomi Jepun di Semenanjung Tanah Melayu dalam mencapai keberkesanan konsep Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Kajian akan menumpukan Semenanjung Tanah Melayu kerana pembentukan ekonominya merupakan tunjang kepada pembentukan ekonomi Malaysia. Sepanjang pendudukan Jepun, keadaan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu tidak berkembang. Ini kerana British sebelumnya telah menjalankan Dasar Bumi Hangus. Suasana peperangan ketika itu tidak mengalakkan berlakunya sebarang pelaburan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jepun juga tidak berupaya menjalankan urusan perdagangan sama ada dalam atau luar Semenanjung Tanah Melayu kerana dihalang oleh Tentera Bersekutu. Secara keseluruhan, kecenderungan dasar Jepun ke arah pemusatan kuasa dan perancangan ekonomi kerajaan bagi mencapai matlamat Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Namun tanpa akses kepada pasaran luar negara, ekonomi Semenanjung Tanah Melayu runtuh. Dapat dilihat tiada peluang diberikan kepada Semenanjung Tanah Melayu dalam Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya kerana polisi asasnya adalah mengekalkan Semenanjung Tanah Melayu sebagai jajahan Jepun dan koloni tetap bagi dieksploitasi oleh pendatang Jepun. Akibatnya tentera Jepun setelah menumbangkan kuasa-kuasa Barat yang bertapak terlebih dahulu, dengan kelakuan kejam mereka ini menyebabkan penduduk tempatan tidak mungkin menerima konsep Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya. Ini bererti menukarkan satu bentuk penjajahan dengan satu bentuk yang lain. Eksploitasi kejam penjajahan Jepun juga mengkhianati semua propaganda dan janji-janji manis mereka mengenai Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya yang bersifat anti kolonialisme Barat.

Diese Produkte könnten Ihnen auch gefallen: